02 August 2009

Projek Baru






EDFModel 307
Plane ini aku order dari Australia(EDFModel.com) pada awal bulan Mac 2009.Proses pemasangan mengambil masa hampir 4 bulan.Kos keseluruhan dalam RM7600.00. Plane ini berukuran 6'2" panjang fuselage dan 6'5" wingspan dengan All Up Weight dalam 4.2kg.
Menggunakan 2 unit EDF WeMoTec 90mm dan 2 unit motor Typhoon 600-33 serta 7 cells Lipo.

04 November 2008

LOGO BTHO RC CLUB

31 October 2008

Boeing 777


























Inilah plane yang paling aku sayangi suatu waktu dahulu.Telah dimaidenkan di FF Rinching dengan selamatnya. Untuk memastikan plane ini RTF, aku terpaksa membelanjakan hampir RM 2000...! Boleh tahan...

Untuk melihat aksinya semasa di udara...sila click video bar di sebelah.

24 August 2008

Boeing 737 DIY Plane






Plane DIY ini telah selamat dimaidenkan juga di FF Rinching...dan telah beberapa kali aku fly di FF BTHO.Sayangnya tidak ada video dirakam semasa kapal ini diterbangkan.Plane ni merupakan hasil kerja tangan aku sendiri. Hampir 2 bulan aku bertungkus lumus menyiapkannya. Kos membinanya tidak terlalu tinggi bahkan jauh lebih murah jika dibandingkan dengan membelinya dari mana2 hobbyshop.





18 July 2008

Koleksi Plane & Heli

















Sebahagian pesawat kawalan jauh yang aku miliki (yang pernah dan masih dimiliki)...bermula daripada detik awal menceburi bidang RC sehingga ke saat ini..

1. Plane
a. Estarter EP
b. Super Chipmunk EP (2)
c. Mustang EP
d. Pilatus Porter EP
e. Boeing 777 EP (2)
f. Katana Profile EP
g. Mandala
h. Super Sport World Model 40
i. Mustang Kyosho 40
j. Seagull PC9 40
k. Calmato 40 kyosho
l. Barbera Jean 52 World Model
m.Precision Aerobatics Katana MD
n. Zlin 50
o. Jodel 40

2. Heli
a. V3 Lama
b. EskyHoney Bee
c. Esky Belt CP
d. Dragonus
e. Mini Titan
f. Trex 600N

Pada awal penglibatanku, aku menggunakan radio Futaba 6EXHP. Tetapi kemudiannya bertukar kepada JR 9XII 72.330

Segalanya bermula di sini...

Sebuah helikopter kawalan jauh yang kubeli di Jalan Pasar KL berharga RM 80 menjadi mangsa pertama belasahanku. Amat kecewa kerana aku gagal menerbangkannya gara-gara tak tahu untuk setting dan tak tahu mengendalikannya secara betul..

Bagaikan tidak mengenal lelah, kucuba juga menerbangkannya. Hampir setiap petang selepas pulang dari kerja, pasti aku akan ke padang berhampiran rumah dengan ditemani anak-anakku. Hampir putus asa kerana aku masih gagal menerbangkan helikopter tersebut walaupun berulang kali ku cuba menerbangkannya...

Namun semua itu tinggal sejarah. Perkenalanku dengan geng BTHO terutama JefRC dan Mr Loo telah banyak membantu aku mengenai teknik2 yang betul untuk mengendalikan sebuah helikopter kawalan jauh. Terima kasih tidak terhingga kepada dua insan ini....
Juga terima kasih tak terhingga kepada sdr Umran kerana beliaulah orang pertama yang mengajar aku tentang cara2 untuk 'setting up'sesebuah heli sebelum ianya boleh diterbangkan...

Dunia RC

Bermula dari zaman kanak-kanak hinggalah aku kini telah memiliki keluarga, tidak pernah padam keinginan untuk menjadi seorang pilot. Bunyinya agak luar biasa kalaupun tidak keterlaluan. Aku memasang impian ke arah itu sungguhpun aku kini bukanlah berada di dalam bidang yang ada kena mengena dengan pesawat.Walaupun demikian, lantaran kerana tidak mungkin cita-citaku itu tercapai, dunia rc aku ceburi hanya semata-mata kerana minat yang mendalam terhadap jentera terbang itu.