18 July 2008

Koleksi Plane & Heli

















Sebahagian pesawat kawalan jauh yang aku miliki (yang pernah dan masih dimiliki)...bermula daripada detik awal menceburi bidang RC sehingga ke saat ini..

1. Plane
a. Estarter EP
b. Super Chipmunk EP (2)
c. Mustang EP
d. Pilatus Porter EP
e. Boeing 777 EP (2)
f. Katana Profile EP
g. Mandala
h. Super Sport World Model 40
i. Mustang Kyosho 40
j. Seagull PC9 40
k. Calmato 40 kyosho
l. Barbera Jean 52 World Model
m.Precision Aerobatics Katana MD
n. Zlin 50
o. Jodel 40

2. Heli
a. V3 Lama
b. EskyHoney Bee
c. Esky Belt CP
d. Dragonus
e. Mini Titan
f. Trex 600N

Pada awal penglibatanku, aku menggunakan radio Futaba 6EXHP. Tetapi kemudiannya bertukar kepada JR 9XII 72.330

Segalanya bermula di sini...

Sebuah helikopter kawalan jauh yang kubeli di Jalan Pasar KL berharga RM 80 menjadi mangsa pertama belasahanku. Amat kecewa kerana aku gagal menerbangkannya gara-gara tak tahu untuk setting dan tak tahu mengendalikannya secara betul..

Bagaikan tidak mengenal lelah, kucuba juga menerbangkannya. Hampir setiap petang selepas pulang dari kerja, pasti aku akan ke padang berhampiran rumah dengan ditemani anak-anakku. Hampir putus asa kerana aku masih gagal menerbangkan helikopter tersebut walaupun berulang kali ku cuba menerbangkannya...

Namun semua itu tinggal sejarah. Perkenalanku dengan geng BTHO terutama JefRC dan Mr Loo telah banyak membantu aku mengenai teknik2 yang betul untuk mengendalikan sebuah helikopter kawalan jauh. Terima kasih tidak terhingga kepada dua insan ini....
Juga terima kasih tak terhingga kepada sdr Umran kerana beliaulah orang pertama yang mengajar aku tentang cara2 untuk 'setting up'sesebuah heli sebelum ianya boleh diterbangkan...

Dunia RC

Bermula dari zaman kanak-kanak hinggalah aku kini telah memiliki keluarga, tidak pernah padam keinginan untuk menjadi seorang pilot. Bunyinya agak luar biasa kalaupun tidak keterlaluan. Aku memasang impian ke arah itu sungguhpun aku kini bukanlah berada di dalam bidang yang ada kena mengena dengan pesawat.Walaupun demikian, lantaran kerana tidak mungkin cita-citaku itu tercapai, dunia rc aku ceburi hanya semata-mata kerana minat yang mendalam terhadap jentera terbang itu.